web analytics

Penjara Terengganu Terima Pengarah Baharu

Timbalan Komisioner Penjara(TKP Penjara) Ahmad Saidi Hamzah(kiri) yang telah bersara wajib selaku Pengarah Penjara Negeri Terengganu bertukar dokumen kepada Penolong Kanan Komisioner Penjara(PKK Penjara) Hamid Taha yang telah dilantik selaku Pengarah Penjara Terengganu pada Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Marang, Terengganu pada 18 Mei 2023.


Penjara Negeri Terengganu hari ini menerima lantikan Pengarah Penjara baharu yang baharu setelah selesainya Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Marang, Terengganu menyaksikan Penolong Kanan Komisioner Penjara(PKK Penjara) Hamid Taha mengantikan Timbalan Komisioner Penjara(TKP Penjara) Ahmad Saidi Hamzah yang telah bersara wajib selaku Pengarah Penjara Negeri Terengganu setelah telah berkhidmat selama tujuh tahun di sini.

Legasi penanda aras yang tinggi telah ditinggalkan oleh mantan pengarah terdahulu dengan pelbagai kejayaan program-program melibatkan penghuni penjara dan juga pelbagai produk seperti hasil kraf dan songket yang memberi tambah nilai yang akan diteruskan oleh PKK Hamid Taha ini.

Penolong Kanan Komisioner Penjara(PKK Penjara) Hamid Taha dilantik sebagai Pengarah Penjara Terengganu pada Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Marang, Terengganu pada 18 Mei 2023.

Mengulas lanjut, PKK Hamid Taha menzahirkan bahawa bagi penambahbaikan program-program yang telah dijalankan kini dalam rangka untuk berbincang dengan pemain-pemain industri secara komprehensif untuk menerima bekas penghuni penjara berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan industri berkaitan.

Timbalan Komisioner Penjara(TKP Penjara) Ahmad Saidi Hamzah yang telah bersara wajib selaku Pengarah Penjara Negeri Terengganu diraikan bersama barisan kakitangan dan anggota pada Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Marang, Terengganu pada 18 Mei 2023.

Untuk rekod, Penjara Marang merupakan di antara fasiliti penjara dalam negara yang menyediakan program latihan bagi penghasilan kraftangan yang berkualiti tinggi sehingga mendapat tempat di luar negara.

Kongsi!

POPULAR HARI INI

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi11.com?

HUBUNGI KAMI