Penjara Negeri Terengganu hari ini menerima lantikan Pengarah Penjara baharu yang baharu setelah selesainya Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Marang, Terengganu menyaksikan Penolong Kanan Komisioner Penjara(PKK Penjara) Hamid Taha mengantikan Timbalan Komisioner Penjara(TKP Penjara) Ahmad Saidi Hamzah yang telah bersara wajib selaku Pengarah Penjara Negeri Terengganu setelah telah berkhidmat selama tujuh tahun di sini.
Legasi penanda aras yang tinggi telah ditinggalkan oleh mantan pengarah terdahulu dengan pelbagai kejayaan program-program melibatkan penghuni penjara dan juga pelbagai produk seperti hasil kraf dan songket yang memberi tambah nilai yang akan diteruskan oleh PKK Hamid Taha ini.
Mengulas lanjut, PKK Hamid Taha menzahirkan bahawa bagi penambahbaikan program-program yang telah dijalankan kini dalam rangka untuk berbincang dengan pemain-pemain industri secara komprehensif untuk menerima bekas penghuni penjara berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan industri berkaitan.
Untuk rekod, Penjara Marang merupakan di antara fasiliti penjara dalam negara yang menyediakan program latihan bagi penghasilan kraftangan yang berkualiti tinggi sehingga mendapat tempat di luar negara.