web analytics

Bot Terbalik Di Pulau Kapas

KENYATAAN MEDIA

BOT TERBALIK, DUA MANGSA SELAMAT

Sebuah bot yang dikendalikan oleh dua mangsa yang merupakan rakyat tempatan terbalik di perairan berhampiran Pulau Kapas sekitar jam 0930 malam pada 5 Ogos 2023. Kredit Foto – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu


KUALA TERENGGANU, 6 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) Negeri Terengganu telah menerima maklumat berkaitan sebuah bot fiber
terbalik di kedudukan 2.1 batu Perairan Pulau Kapas sekitar 9.30 malam semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid
berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, telah mengaktifkan Operasi
Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dengan bot ronda PENGAWAL 16
diaturgerakkan ke lokasi kejadian.

Mangsa bot terbalik di perairan Pulau Kapas yang berjaya diselamatkan di bawah ke jeti Merang oleh pihak Maritim Malaysia untuk rawatan lanjut. Kredit Foto – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu

Kedua-dua mangsa, Rozaki bin Ibrahim, 47, dan Mohd Zaid bin Embong, 58, ditemui
selamat ketika bot ronda tiba di lokasi. Kedua-dua mangsa memakai jaket keselamatan
ketika bot terbalik.

Mangsa telah diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di sekitar kejadian.

Mangsa kemudiannya telah dibawa oleh pihak Maritim Malaysia ke Jeti Marang untuk
rawatan lanjut.

Lokasi insiden bot terbalik di perairan Pulau Kapas pada sekitar jam 0930 malam pada 5 Ogos 2023. Kredit Foto – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu

Maritim Malaysia turut memohon kerjasama daripada masyarakat terutama komuniti
maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan yang melanggar undang-undang
dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999.

Kepten (M) Mohd Khairulanuar bin Abd Majid
Pengarah Maritim Terengganu

Kongsi!

POPULAR HARI INI

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi11.com?

HUBUNGI KAMI