web analytics

OP MARDOF: 103 Ditahan Kesalahan Akta Perikanan 1985

Sidang media OP MARDOF 2/2023 yang telah berlangsung di ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Terengganu) terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu pada 23 Julai 2023.

Seramai 103 individu dengan 39 daripadanya warga asing telah berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) atas kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dalam Operasi Bersepadu Op MARDOF 2/2023 yang telah dilaksanakan sejak 13 Januari sehingga 26 Jun 2023 yang lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin berkata, operasi bersepadu ini turut berjaya menahan 34 bot nelayan tempatan (BNT) di lima kawasan sektor operasi yang telah ditetapkan iaitu Op MARDOF Utara, Op MARDOF Barat, Op MARDOF Timur, Op MARDOF Sabah dan Labuan serta Op MARDOF Sarawak.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin(dua dari kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah(beruniform biru) sewaktu hadir ke ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Terengganu)pada 23 Julai 2023.
Barisan hadapan dari kiri – Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah(beruniform biru) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin(tiga dari kiri) sewaktu hadir ke ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Terengganu)pada 23 Julai 2023.

Beliau juga berkata, selain operasi di laut, pemeriksaan di jeti dan sesi libat urus dengan komuniti nelayan setempat, Op MARDOF 2/23 kali ini telah bertambah baik dengan pelaksanaan sesi non-operational engagement iaitu sukan persahabatan antara Maritim Malaysia dan DOF di setiap sektor operasi yang telah dilaksanakan.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, Op MARDOF 2/2023 telah memberikan impak yang positif dalam menangani kegiatan pencerobohan, perlanggaran syarat lesen dan lain-lain lagi
kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau turut berkata, Op MARDOF adalah platform terbaik bagi kedua-dua agensi dalam perkongsian maklumat dan kepakaran antara pegawai dan anggota yang berada di lapangan khususnya ketika pelaksanaan fasa operasi di laut. Secara keseluruhannya, Op MARDOF 2/2023 mencatatkan sejumlah 1,907 pemeriksaan yang telah dijalankan di darat dan di laut.

Bangunan ibu pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Terengganu) terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.

Berdasarkan kepada kejayaan daripada operasi kali ini, Maritim Malaysia dan DOF komited untuk terus melaksanakan operasi seumpama ini bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan dalam sektor perikanan terpelihara.

Kedua-dua agensi ini turut menggesa kepada pihak yang terlibat dalam industri perikanan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan bersama dan masa depan industri perikanan Malaysia.

Kongsi!

POPULAR HARI INI

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi11.com?

HUBUNGI KAMI