web analytics

Kampung Seberang Jerong Destinasi Ziarah Kasih Ihsan AidilAdha

Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu Abdul Kahar Abdul Latif(dua dari kiri) sewaktu menyampaikan sumbangan daging segar kepada penerima di perkarangan Masjid Kampung Jerong Seberang, Wakaf Tapai, Marang pada 15 Jun 2024.

Sebagai usaha memperkasakan misi menoktahkan miskin tegar di negeri Terengganu, Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri(ICU JPM) melalui Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPN Terengganu) turut menerima kerjasama dari entiti perbankan sebagai pemangkin agenda Kerajaan Perpaduan dalam kerangka Ekonomi Madani.

Menurut Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Abdul Kahar Abdul Latif berkata kerjasama strategik ini tidak hanya berbentuk sumbangan wang tunai kepada penerima berstatus miskin tegar yang berdaftar dengan program eKasih.

Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1445H telah berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Jerong Seberang, Wakaf Tapai, Marang pada 15 Jun 2024.

Program eKasih yang telah dilaksanakan oleh ICU JPM sejak tahun 2008 mempunyai pelbagai program-program pembangunan ekonomi ketua isi rumah dan lain-lain bentuk bantuan sebagai ikhtiar mengeluarkan golongan ini dari belengu kemiskinan tegar.

Selain itu melalui program eKasih ini juga turut menawarkan program bina baru dan baik pulih rumah kepada mereka yang layak di mana tiada tarikh tutup bagi permohonan ini.

Masjid Kampung Jerong Seberang terletak 15km dari bandar Marang.

Sehingga kini sebanyak 161 ketua isi rumah telah menerima unit kediaman baru dan sebanyak 356 menerima manfaat dari program baik pulih rumah di seluruh negeri Terengganu.

Terkini semperna sambutan Aidiladha pada Isnin nanti, PPN Terengganu bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) menyampaikan sumbangan daging segar kepada 100 ketua isi rumah miskin tegar di perkarangan Masjid Kampung Jerong Seberang, Marang.

Kongsi!

POPULAR HARI INI

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang Edisi11.com?

HUBUNGI KAMI